Wednesday, March 16, 2011

Oh Yeah!! Kenny Akan Kekal


Kenny Dalglish mungkin boleh dilantik selaku ketua tetap Liverpool pada akhir bulan ini. Pemilik Anfield, Fenway Sports Group kian hampir menawarkan pengurus sementara The Kop kontrak dua tahun, dengan kemungkinan lanjutan jika keputusan seiring dengan matlamat mereka. Namun pemimpin FSG, John L Henry akan menunggu sehingga The Reds melepasi tiga perlawanan penting sepanjang dua minggu berikutnya sebelum mengambil tindakan. Liverpool menghadapi Braga dalam aksi leg kedua Liga Eropah pada hari Khamis dengan ketinggalan 1-0, diikuti perjalanan Liga Perdana bersama Sunderland dan West Brom. Henry yakin mereka akan menawarkan bukti terakhir bahawa kelab sedang bergerak ke arah yang betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...