Wednesday, March 16, 2011

OhYeah!! Lucas Tunjukkan Peningkatan Positif.



Legenda Brazil, Rai memberikan sokongan kepada pemain Liverpool, Lucas untuk menafikan kritikan terhadapnya dan menjadi antara midfielder terbaik dunia. Lucas pada mulanya bergelut untuk menyerlah selepas menyertai the Reds dari Gremio pada tahun 2007, namun aksinya musim ini telah menunjukkan peningkatan dan beliau telah berusaha gigih untuk menempa namanya di peringkat antarabangsa. Dan Rai, yang menjadi kapten Brazil
yang memenangi Piala Dunia tahun 1994, menganggap rakan senegaranya berusia 24 tahun itu memiliki segala ciri-ciri untuk menjadi bintang Anfield. Beliau berkata: "Lucas begitu muda apabila berjaya menempatkan diri dalam pasukan kebangsaan Brazil selepas membuat permulaan yang begitu bagus bersama kelabnya. "Pada pandangan saya kebolehan beliau telah menjelaskan kedudukan beliau dalam pasukan kebangsaan. Beliau juga ada kualiti untuk bermain dalam pasukan Liverpool."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...