Wednesday, March 16, 2011

OhYeah!! Penyokong Arsenal Perlu Yakin.


Arsene Wenger menggesa penyokong Arsenal untuk terus yakin dengan pasukannya — walaupun impian empat kejuaraan telah musnah. Kelab London tersebut tiga mata di belakang United namun ada satu perlawanan dalam tangan dan mengalu-alukan pesaing mereka itu ke Emirates Stadium dalam apa yang dianggap sebagai penentu
kejuaraan liga pada 1 Mei nanti. Dan Wenger menggesa pasukannya supaya bangkit kembali dari penyingkiran mereka di saingan piala secara berturut-turut untuk kunjungan ke West Brom.
Pengurus dari Perancis itu berkata: "Peminat memang begitu mengagumkan dan kami memerlukan mereka di West Brom sekarang. "Semoga mereka dapat terus menyorak untuk kami dan juga mengekalkan moral kerana kami perlu saling menyokong di bahagian akhir musim ini, kerana ia bahagian paling penting." Beliau menambah: "Ia sangat sukar untuk diterima kerana ia adalah dua sasaran utama musim ini dan kami kehilangannya dalam beberapa hari. "Saya yakin kami boleh memenangi liga tapi kami mahukan kembali beberapa pemain kami dan tidak mahu lagi kehilangan mereka seperti yang kami lalui dalam dua perlawanan terakhir."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...