Midfielder Arsenal, Aaron Ramsey gembira untuk akhirnya kembali beraksi buat pasukan utama untuk kali pertama sejak patah kaki lebih setahun lalu. Bintang Wales itu diperkenalkan pada separuh masa kedua ketika Gunners tewas 2-0 di Manchester United pada peringkat suku akhir Piala FA Sabtu lalu. Ramsey menjadi mangsa bentesan keras pemain Stoke, Ryan Shawcross Februari tahun lalu, dengan kaki kanannnya patah dua, dan dia tidak beraksi perlawanan kompetitif sehingga November ketika dipinjamkan ke Nottingham Forest . Dia kemudian dipinjamkan seketika ke bekas kelabnya, Cardiff, namun pengurus Arsene Wenger kini telah meletakkan kembali kepercayaan buat pemain berusia 20 tahun itu untuk kembali beraksi di peringkat tertinggi. "Amat bagus dapat kembali menyarung jersi Arsenal dan ambil bahagian dalam permainan," katanya. "Amat lama sejak kali terakhir saya bermain buat Arsenal. Keputusan perlawanan amat mengecewakan, namun dari segi peribadi amat melegakan untuk kembali. "Ia bukan minggu yang bagus. Kami tersingkir dari dua kejohanan dan sebelum itu tewas perlawanan akhir Piala Liga. Kami perlu bangkit kembali, fokus pada liga dan harap-harap kami boleh menanginya."Semoga saya akan bangkit bersama Arsenal. Kecederaan itu sudah pulih dan saya hampir kembali ke tahap terbaik saya."
- Mari Buat Duit Dengan Churpchurp
- Sabah Land Below The Wind
- UPSI Life
- Great Family. I Mizz Them A Lot.
....read more
Universiti Pendidikan Sultan Idris...read more
Adek, Dad, Emo, Mom,It's Me & Zila@MyLove...read more
Wednesday, March 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment