Wednesday, March 16, 2011

OhYeah!! Tawaran Bale Ke Barca Pada Musim Panas £40 juta.

Selepas gagal membereskan bisnes dengan sebuah kelab utara London pada musim panas lepas, Barcelona sedia menggegar sebuah lagi bahagian London ketika mereka mahu menggoda Gareth Bale dari Tottenham. Kelab gergasi Sepanyol itu mempertimbangkan tawaran £40 juta untuk pemain sayap sensasi Wales tersebut, perjanjian yang mungkin boleh menyangkal andaian bahawa mereka masih berminat dengan kapten Arsenal, Cesc Fabregas. Arsenal dan Tottenham diasak dengan tawaran lumayan namun difahamkan Spurs paling bimbang kerana Barcelona kini mengalami masalah di bahagian bek kiri. Tiada seorang pun dari Maxwell, Adriano atau Eric Abidal yang menyerlah di posisi tersebut musim ini dan Bale dianggap sebagai pemain paling sempurna untuk peranan serangan luar biasa tersebut. Masalah kewangan Barcelona telah diredakan menerusi kepimpinan baru kelab dan difahamkan mereka akan membuat tawaran tunai untuk Bale. Namun begitu Barca juga mungkin mempertimbangkan penyerang lebihan mereka, Bojan Krkic sebagai pertukaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...